Shaklee Produk

Shaklee Produk

Khamis, 9 April 2015

Password terlupa ???

Assalamualikum..

lamanya tak mengupdate disebabkan kes terlupa password. Apa makna nya.. adakah kerana faktor usia yg semakin meningkat ????
Kena telan omega banyak2 nampak nya... hihihi

Hot issue minggu ni GST...
Mana2 laman sosial sibuk post ttg GST. Rata-rata yang menyatakan GST membebankan rakyat...
Ramai yg tidak puashati ... bg saya no komen, nak tak nak pun kena hadapi jugak kan...
jadi fikir positif je... kalau rasa terbeban jom le cari pendapatan tambahan...
macam2 cara ada, nak atau tak nak saja...

Saya pilih shaklee... sejenis MLM .
Produk yg mmg awesome.... saya tak ada kepakaran apa2.. jd saya pilih syarikat yg ada produk,dan pasarkan saja... mencukupi syarat, dpt lah bonus dan untung runcit....
MLM shaklee bukan bisnes yg cepat dpt ribu riban... kena usaha 7 gunung ,7 lautan darah,7 lautan ayor mata... ini kata2 upline saya...




Isnin, 2 Februari 2015

Ayam Masak Campak2@ Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum..

Hari minggu lepas, 2 hari berturut ku masak menu dinner yang sama...

Asalnya resepi campak-campak je utk lunch ..sebabnya si bongsuku Imran yang dah lapar sesangat,padahal bru pukul 11 pagi. Dengan ayamnya yang keras kematu orng perak kata... hihi
lupa nak deforst awal-awal...

Tapi memang dah terbiasa , kalau yang campak-campak tu la yang sedap ... sampaikan en asben request lagi utk dinner ahad tu .. ala2 stail masakan cina katanya..

alamak gambarnya tak ada... terlupa nak snap..

saya kongsikan resepinya ... paling ringkas rasanya ni

Bahan-bahan:

6 ketul Ayam ( dipotong kecil)
1 sudu kicap pekat
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
2 sudu sos lada hitam @ lada hitam biji yg ditumbuk
1 sudu gula
1 labu bawang besar - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 inci halia - ditumbuk halus
1/2 sudu garam
5 sudu minyak masak
1 mangkuk air

Caramya : Campurkan kesemuanya dalam mangkuk,rehatkan dalam 10 minit .
Lepas itu boleh la digoreng dalam minyak sekejap, masukkan air dlm 1 mangkuk..
Renihkan sehingga ayamnya masak.

Jumaat, 30 Januari 2015

Anak Mama

Assalamualaikum

Salam Jumaat.
semoga pembaca2 semua sihat dan gembira hendaknya.. dah brapa hari x update,hati mmg teringat je...tp masa mencemburui ... ye la sangat kan...

Anak2 mama , Muhd Danish Imran Haq & Muhd Farish Imran Haq




Kamu lah jantung hati mama



farish imran



Isnin, 26 Januari 2015

Tips berjaya bisnes Shaklee

Assalamualaikum,

Tips berjaya bisnes Shaklee

Artikel ini saya jumpa dlm blog,maaflah saya tak ingat blog sapa ... saya copy paste ye,minta halal ...ini adalah juga peringatan utk saya...
saya pernah terlibat jugakla dalam mcm2 MLM, tp yg paling best adalah Shaklee, ini kerana mentor2 nya mengajak berniaga kerana Allah..

Ikhlas
Ini adalah element paling penting sekali yang perlu ada pada setiap Shaklee Independent Distributor untuk berjaya bisnes Shaklee. Kenapa perlu ikhlas? Saya telah menyaksikan ramai yang kecundang dalam bisnes Shaklee jika niat di hati tidak betul. Mereka mengejar imbuhan dan ganjaran semata-mata. Hanya nak mengaut keuntungan sahaja. Ada yang memaksa customer beli shaklee. Lagi teruk ada yang tidak pernah rasa pun kebaikan shaklee ni. Macam mana tu? Nak jual shaklee tapi diri sendiri pon tak pernah amalkan Shaklee. Ini semua bukan cara saya! 

Perbetulkan nawaitu kita. Kita nak berkongsi kebaikan Shaklee dengan ramai orang. Kita nak bantu kepada mereka yang memerlukan Shaklee. Kita nak galakkan lebih ramai mempunyai kesedaran bahawa kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan. Kita dah rasa kebaikan Shaklee dan kita patut sebarkan perkara baik ini kepada orang lain. Insyallah segala bentuk imbuhan dan ganjaran akan menyusul dan dibalas Allah nanti! Percayalah! What  goes around comes around!

Ceria
Ini juga element penting jika kita nak berjaya bisnes Shaklee. Kena sentiasa ceria. Macam mana nak ceria? Do what you love! Jangan paksa diri untuk buat perkara yang kita tak suka. Kejayaan memang tidak akan menjelma jika kita tiada hati pada kerja yang kita lakukan itu.

Sedut segala aura-aura positif dan boostkan kepada bisnes kita. Jauhilah anasir-anasir negatif yang boleh buat kita murung, marah, sakit hati dan sebagainya. Barulah kita boleh sentiasa ceria untuk menyebarkan kebaikan Shaklee kepada orang lain. Kita kena enjoy melakukan bisnes Shaklee. Insyallah masalah sebesar gajah akan nampak seperti kuman jer dan dapat diatasi dengan perasaan ceria. 

Gembira
Sentiasa tanamkan dalam diri untuk mengembirakan orang lain dengan Shaklee. Kita memang rasa bertuah kerana kekuatan Shaklee terletak kepada produknya. Apa lagi yang ditunggu? Tugas kita hanya menyebarkan kebaikan Shaklee kepada lebih ramai orang di luar sana. Apabila mereka gembira kita pun turut gembira.


Sekian dulu perkongsian saya .. agak terhad utk menulis,intenet kat umah pun tidak lah berapa laju... mmg banyak kena bersabar...
Apa2 pun dugaan, hadapi lah dengan tenang ye Fauziah...

Pasti Bolehh!!!!!

credit to google

Sabtu, 24 Januari 2015

Rutin Harian utk Hari bekerja

 Selamat pagi

Kisah pagi ini yang saya nak kongsikan, saya seorang ibu yang bekerja. Jarak antara rumah dan tempat keja saya tidak lah jauh, lebih kurang 5 minit aje, tp disebabkan kena memusing menghantar anak dan suami ke sekolah dan tempat kerjanya,maka setengah jam selepas keluar rumah ,baru saya sampai kat opis saya.

Balik kerja memusing sekali lagi utk mengambil mereka hihihi... nak buat mcm mana kenderaan ada satu aje.. namun saya bersyukur yg amat sangat,masih dapat menghantar anak2 pergi dan balik sekolah. Sebaik sampai dirumah, bergegas pula utk menyiapkan hidangan makan malam dan juga jualan utk mlm.. saya membuat nasi lemak utk dijual kt tempat kerja suami ... semalam dalam 20 pek nasi lemak . Alahamdulillah ,dapat menampung perbelanjaan harian mana yg kurang.Dalam keadaan ekonomi yg sekarang ni, kena buat sesuatu utk menambah pendapatan keluarga.

Tidak dinafikan memang kelam kabut sikit, namun saya dibantu supplement shaklee utk kekal cergas sepanjang hari... belum lagi kalau ada tempahan marie cheese@melty hersyes.. sampai ke tengah malam duduk bertapa di dapur hihihi.

Ok..sekian dulu....

Nak tahu lebih lanjut tentang shaklee, boleh je call/wasap/sms saya
0193241093 fauziah
Nasi lemak

Marie cheese & coklat moist

Jumaat, 23 Januari 2015

Effect @ shaklee

Assalamualaikum

Kesan pengambilan suppliment?
adakah berkesan atau tidak...
seringkali dipersoalkan.. masa mula2 saya cuba dulu, lebih kurang May 2013 ( 2 tahun yg lepas), tak fikir pun kesannya. Cuma saya kosisten je makan, produk yg saya cuba adalah Esp,B complex, Omega dan Vitalea .
Minggu pertama cuba, terus demam ... tp sebab dah google dan dari kawan2 group , tak le risau,saya teruskan seperti biasa. Demam pun tak le teruk sampai tak boleh bangun . Siap ikut pergi retrip syarikat ke PD lagi, ala yg macam team building tu. Tetap bersemangat mengikuti aktiviti yg diaturkan.
Selepas 2 minggu cuba, badan terasa perubahan. Lebih bertenaga, tidak lemau , memang best lah...
nantikan lagi kisah shaklee saya .



Kesan shaklee kepada saya 




Rabu, 21 Januari 2015

Shaklee Independent Distributor - Fauziah Zanon 949584


2015

Assalamualaikum,

Tahun baru semangat baru...semoga istiqomah. Amin...

Minggu kedua persekolahan. Tahun ni anak yg no 2 Farish Imran menghadapi masaalah salah buku. Sek rendah agama, kedai koperasi salah bg buku, dia yg bersekolah tahun 3,diberikan buku aktiviti tahun 2. Mama pulak kena bertapa kt sek utk menukor bukunya....
Nak dijadikan cerita, buku aktiviti sek keb pun salah.. masih dpt buku tahun 2 ... yg ni lgi best...
mula2 papanya pergi tukor, x dpt.. along pulak tlg tukarkan ... cikgu kata suruh adik dtg jumpa guru spbt... tp masalahnya adik ni pemalu beno... adoii, smpai sekarang x dpt2 lagi bukunya ....

last2 nati msti mama jgak yg kena pegi sekolah ni...