Tips berjaya bisnes Shaklee
Artikel ini saya jumpa dlm blog,maaflah saya tak ingat blog sapa ... saya copy paste ye,minta halal ...ini adalah juga peringatan utk saya...
saya pernah terlibat jugakla dalam mcm2 MLM, tp yg paling best adalah Shaklee, ini kerana mentor2 nya mengajak berniaga kerana Allah..
Ikhlas
Ini adalah element paling penting sekali yang perlu ada pada setiap
Shaklee Independent Distributor untuk berjaya bisnes Shaklee. Kenapa perlu
ikhlas? Saya telah menyaksikan ramai yang kecundang dalam bisnes Shaklee jika
niat di hati tidak betul. Mereka mengejar imbuhan dan ganjaran semata-mata.
Hanya nak mengaut keuntungan sahaja. Ada yang memaksa customer beli shaklee.
Lagi teruk ada yang tidak pernah rasa pun kebaikan shaklee ni. Macam mana tu?
Nak jual shaklee tapi diri sendiri pon tak pernah amalkan Shaklee. Ini semua
bukan cara saya!
Perbetulkan nawaitu kita. Kita nak berkongsi kebaikan Shaklee dengan
ramai orang. Kita nak bantu kepada mereka yang memerlukan Shaklee. Kita nak
galakkan lebih ramai mempunyai kesedaran bahawa kesihatan yang sihat bukan
untuk diabaikan. Kita dah rasa kebaikan Shaklee dan kita patut sebarkan perkara
baik ini kepada orang lain. Insyallah segala bentuk imbuhan dan ganjaran akan
menyusul dan dibalas Allah nanti! Percayalah! What goes around comes
around!
Ceria
Ini juga element penting jika kita nak berjaya bisnes Shaklee. Kena
sentiasa ceria. Macam mana nak ceria? Do what you love! Jangan paksa diri untuk
buat perkara yang kita tak suka. Kejayaan memang tidak akan menjelma jika kita
tiada hati pada kerja yang kita lakukan itu.
Sedut segala aura-aura positif dan boostkan kepada bisnes kita. Jauhilah
anasir-anasir negatif yang boleh buat kita murung, marah, sakit hati dan
sebagainya. Barulah kita boleh sentiasa ceria untuk menyebarkan kebaikan
Shaklee kepada orang lain. Kita kena enjoy melakukan bisnes Shaklee. Insyallah
masalah sebesar gajah akan nampak seperti kuman jer dan dapat diatasi dengan
perasaan ceria.
Gembira
Sentiasa tanamkan dalam
diri untuk mengembirakan orang lain dengan Shaklee. Kita memang rasa bertuah
kerana kekuatan Shaklee terletak kepada produknya. Apa lagi yang ditunggu?
Tugas kita hanya menyebarkan kebaikan Shaklee kepada lebih ramai orang di luar
sana. Apabila mereka gembira kita pun turut gembira.Sekian dulu perkongsian saya .. agak terhad utk menulis,intenet kat umah pun tidak lah berapa laju... mmg banyak kena bersabar...
Apa2 pun dugaan, hadapi lah dengan tenang ye Fauziah...
Pasti Bolehh!!!!!
credit to google

Tiada ulasan:
Catat Ulasan